Sinopsis Airmata Maria

Tan Sri Yunus dan Puan Sri Aishah mempunyai 4 orang anak - Johan, Juliana, Maria dan Daniel. Di antara empat beradik ini, Maria yang paling menyerlah berbanding dua saudara tirinya iaitu abangnya, Johan dan kakaknya, Juliana. Maria yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di luar negara telah diamanahkan oleh bapanya untuk memegang jawatan penting dalam syarikat milik keluarganya, Bumi Holdings, namun anak-anaknya tidak berminat menguruskan syarikat bapanya. Mereka menjadi satu keluarga yang huru-hara.